Sabda Rasulullah S.A.W. ketika  menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke  tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah  sebaik-baik tentera……”  (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Umat  Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan  penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut.  Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan.  Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman  Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Uthmaniyah.
Di  dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang  sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary R.A. telah syahid dan  dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya  sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka  beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda  sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka  membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat  besar Nabi saw.
Hadis Nabi saw ini direalisasikan  hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah  ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.
Siapakah  Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan  tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik  tentera” di dalam hadis tersebut.
PENGENALAN
Baginda  dilahirkan pada 26 Rejab 835 Hijriah (29 Mac 1432 ) di Adrianapolis  (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda  sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana  telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda  juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya  membebaskan Constantinople.
Baginda menaiki takhta  ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (855 – 886H /  451 – 1481M). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima  tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda  mangkat pada hari Khamis, 4 Rabiul Awal 886 bersamaan dengan 3 Mei 1481  kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda diracun.  
PENDIDIKAN 
Baginda  menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang  keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari  keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq R.A. Di dalam ilmu peperangan  pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang  kuda oleh panglima-panglima tentera.
Di  dalam bidang akademik pula, baginda adalah seorang cendekiawan ulung di  zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin,  Greek,  Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Mempunyai kepakaran dalam  bidang ketenteraan, sains, matematik. Di dalam bidang Ilmu politik pula,  ayahandanya, Sultan Murad II, ketika memencilkan diri di Pulau  Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku  jawatan Khalifah. Ia bertujuan untuk mendidik bagina dalam usia yang  sebitu muda. Walaupun begitu baginda telah  matang menangani tipu helah  musuh.
KEPERIBADIAN 
Muhammad  al-Fatih merupakan seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman  dan luaran para tenteranya. Baginda seorang pemimpin yang hebat, warak  dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubbi (pahlawan Islam dalam  Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam  dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol). Malah  sifat-sifat baginda dan tenteranya telah diisyaratkan oleh Rasulullah  S.A.W dalam hadis.
Baginda sentiasa bersifat  tawaduk dan rendah diri. Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda  membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga  ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja
Baginda  seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat  menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu  berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.
PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE
Selama  2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota  Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya.  Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu  serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang  strategi yang sesuai untuk digunakan.
Baginda mengarahkan  dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh  menembak bom seberat 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina  di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople  di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit.
                                                                              Selat Bosphorus dari Satelit
| Benteng Rumali Hisari | 
                                                                               Peta di dalam benteng Rumali Hisari
Bosphorus  adalah sebuah selat yang memisahkan Turki bahagian Eropah dan bahagian  Asia, menghubungkan Laut Marmara dengan Laut Hitam. Selat ini sepanjang  30 kilometer, dan lebar maksimum 3.7 kilometer pada bagian utara, dan minimum 750 meter antara Anadoluhisar? dan Rumelihisar?. Kedalamannya antara 36 hingga 124 meter.
Ia  dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia  yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini  mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian  damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk  memencilkan Constantinople apabila diserang nanti. Baginda  membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi  membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding  kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat  berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam  bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah  kesunyian alam.
MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE
Setelah  segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja  Byzantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota  tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut  hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak  tetapi dinding tengahnya masih teguh.
MENARA BERGERAK
Seterusnya  Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari  dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin  berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding  tengah kubu mereka.
BANTUAN DARI POPE VATICAN
Pope  di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata  dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi  untuk menghalang kemaraan armada Uthmaniyah. Ini menaikkan semula  semangat tentera Byzantin.
                                                              Rantai direntang sepanjang Teluk Golden Horn
PERANG DARI PUNCAK GUNUNG
Kegembiraan  mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran  72 buah kapal perang Uthmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini  adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung  dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik  ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang  terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu  kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.
Kapal-kapal  perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam  Uthmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil  kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya  serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama  berdoa kepada Allah swt.
MEMANJAT DAN MELASTIK DINDING
Keesokan  paginya tentera Uthmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan  tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit  pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan  tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.
KARISMA SEORANG PEMIMPIN
Pengepungan  selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan  telah menimbulkan  rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang  genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai  tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu  syahid ikutlah aku!”.
Mendengarkan itu, Hasan  Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30  tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak  bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani  anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus  menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu  Akbar.
PENAWANAN CONTANTINOPLE
Pada  20 Jumadil Awwal 857 / 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan  Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) .  Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan  tawaduknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur.  Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang  menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA
Pada  kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa  yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya  termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak  baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali  sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana  tidak seorang pun di  antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Baginda  bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini  pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian  daripada tenteranya duduk.
Kemudian Baginda  bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini  pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”.  Kali ini semuanya duduk, kecuali  Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri.  Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan  Solat Tahajjud sejak baligh. Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin  Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh  Rasulullah SA
sumber  : maahadsas.edu.my 
